Ahad, 16 Julai 2017

Cukup La

Assalamualaikum.

Akan ada satu masa dan ketika, hati akan rasa betul betul nak mengalah dengan apa yang dah dicuba, bila fikir sefikirnya, semuanya hanya sia sia, tak ada apa yang beza, masih yang sama, tiada perubahan. Untuk apa masih pada yang sama kalau tak berguna apa pun. Adakala mengalah jalan terakhir yang setiap orang punya.

Kata orang lain, jangan mengalah selagi belum mencuba, kenapa nak mengalah, sebab setiap titik untuk mengalah adalah satu ''magical'' yang akan berlaku. TAPI!

Manusia, ada rasa penatnya, ada rasa cukup la cukup la, dah la. Benar? kan? Kita manusia yang hatinya bukan kuat mana untuk terus berpegang pada hanya satu tiang yang bila bila akan jatuh tertimpa diri. Kita manusia ada hati yang tahu elak dan mengalah untuk sesuatu yang tak memberi apa makna. 


DULU
Aku pernah lalui suatu ketika dimana aku masih mengharap pada sesuatu untuk kembali, satu pengharapan yang sangat tinggi, bahawa esok aku bangun ada sesuatu yang mengembirakan. Manusia kata aku bodoh masih berharap, tapi aku kata harapan adalah cahaya untuk kejaiban. TAPI! tahu, itu semua sia sia sebab semua tu hanya satu pengharapan kosong yang Tuhan kata semua tak akan kembali macam mana aku nak. DIA! ada perancangan sebaiknya untuk aku. Itu aku percaya.

Titik mula aku berhenti berharap, SETAHUN! aku perlukan masa setahun untuk berhenti dan tak pandang apa yang telah aku pilih untuk tinggalkan. Waktu dan masa itu, aku yakin 'enough is enough'

AKU
Dulu aku yang corakkan segalanya supaya nampak sempurna kiri dan kanan, sekarang aku sendiri yang padamkan setiap corak yang pernah aku buat. Bukan sebab bila aku tengok aku kembali, tapi sebab yang mudah, aku malas nak ambil tahu. 

PERUBAHAN
Berubah bukan kerana benci tapi kerana satu perasaan yang sudah la, aku dah malas nak ambil tahu, aku dah malas nak kisah, pernah atau tak kewujudan dalam hidup aku. Yeah sampai takat tu ja. Bila aku pilih untuk berhenti, semua yang pernah aku lalui, aku berhenti, apa yang aku pernah suka, aku berhenti, apa yang pernah ada kenangan, aku padam dan biarkan, apa yang pernah berlaku, itu ketentuan dan aku anggap macam angin lalu. 

BERHENTI
Tanya kenapa aku mengalah, aku jawab, untuk apa nampak bodoh sampai bila nak malukan diri sendiri, sampai bila nak biar orang lain tengok kita tanpa maruah, mengharap pada yang ''not yours'' sumpah weyh aku boleh cakap buang masa.

Aku menyesal sebab aku pernah lalui waktu tu, dan aku yakin semua orang pernah lalui situasi yang bodoh tu kan. 

Bangun dari mimpi yang panjang tu dan berjalan atas realiti dan masa depan yang telah Dia corakkan yang tampak sempurna. 

Berapa lama pun kau ambil masa untuk melepaskan sesuatu, tak apa weyh. Ambil la banyak mana pun masa. Sebab masa segala galanya. Dengan masa ja sayang berubah benci, benci berubah sayang. Ambil la banyak manapun masa. Yang penting bila kaki dah berjalan kehadapan, jangan berhenti. Dah tinggalkan apa yang bukan milik kita. 

ME!
Alhamdulilah everything went well. Thank you for those always here and there for me. Without asking anything, they just lend their hand and let me hold onto it until I know how to begin again. That place, where I started to begin all over again without hesitation, where I put the 'stop' line. 

Feel tired?
rest for a while
and
be fresh again when you wake up!
let something hurt you so much
GO!

Good luck
and
Love yourself.





Khamis, 13 Julai 2017

Randomly Talk : Jodoh

Assalamualaikum,
Anggap ja la sekarang ni macam kita tengah sembang sembang sambil minum coffee di celah celah manusia yang ramai dalam cafe. Harghhh imagination kau.

How the idea come out?

Well, of course daripada sekeliling aku.

Petang petang sambil makan cake mama bawa balik sebab tadi taska tempat mama aku ada buat majlis raya. hurmm so kurus! lupakan lah. minggu depan la mula balik. Tengok la nanti siapa yang menang, makanan depan mata atau otak duk asyik cakap nak kurus. 

Tengah la bersembang dengan mama, tetiba Jajat whatsaap, cakap tentang skincare marykay yang mama aku guna tu, tak apa lah, pastu cerita la tentang diet kami dua yang sememangnya syaitoon sungguh. Gagal. But Jajat go girl, keep it up! btw she's my makcik forever ever evah.

Aku anak tunggal, dan aku sangat family person. Disebabkan aku tak ada abang atau kakak yang boleh share semua benda, jadi mak mak sedara dan pak pak sedara aku lah kakak dan abang aku dari aku dalam perut sampai la dah 23 tahun pun. Terima kasih sebab selalu jadi mak guard dan pak guard untuk hidup seorang Nana. Blessed!


Okey kembali, iklan kejap.......................

Tengah la bersembang diet itu ini makan sayur makan lauk ja apa semua tetiba eh masuk bab jodoh pulak. Kalau bab jodoh, dia punya kesan memang sangat mendalam. 

JODOH
Satu benda yang kita tak akan nampak dengan mata kita yang even hang pakai spect ka tak pakai ka, memang hang tak nampak macam mana hang cuba pun guna 2 biji mata tu. Yang kalau hang rancang macam mana punya baik, salute, superb pun kalau dah itu bukan jodoh, hang tetap akan tercari cari. 

Dia bukan satu benda yang jumpa hari ni, dan yakin he's the one, dan esok yes dia jodoh aku. Not at all. Kadang-kadang Tuhan saja ja temukan kita dengan orang yang salah, satu perasaan dikecewakan, satu perasaan yang jangan letak cinta manusia terlalu banyak lebih pada cinta Tuhan, yang dimana Tuhan nak remind, Ini kerja Aku, kalau Aku kata bukan, maksudnya bukan.

Ada masa orang yang hang suka, tak suka hang balik, ada masa orang yang hang tak suka tapi dia bersungguh suka hang. Dunia weyh dunia. Kita tak akan dapat apa yang kita nak, tapi kita akan dapat apa yang kita perlu disaat kita betul betul perlu.

Kalau rasa kecewa sekarang,
Percaya la suatu saat Tuhan akan hantarkan sesuatu yang boleh ubatkan segalanya.

Siapa ja tak pernah rasa yang hati tu hancur berkecai yang macam tak tahu nak cantum balik kesudah, semua pernah rasa, takkan nak melutut, nak jadi bodoh berharap pada benda yang memang tak ubah apa apa. Tengok diri sendiri sekarang, kalau boleh berdiri dengan jayanya hasil dari setiap yang hancur tu maksudnya 

YES! You're smart! and respect yourself enough to walk away from anything that no longer yours. Just stand up, dress up, and walk with confidence ladies/men.

Jodoh di tangan Tuhan, Dia tahu apa yang terbaik dan Dia dah plan elok untuk kita semua, kalau betul jodoh kau dah sampai sekarang ini, waktu ini, itu lah pilihan yang Dia dah tetapkan, tapi kalau Jodoh kau lambat dan tengok semua orang umur sebaya dah mula kendong anak kiri kanan, chill ja, Tuhan tahu yang terbaik. 

Chill, relax and follow the flow :) 
Gerak lu.
Thanks cik jajat bagi idea untuk menaip.
wahahahaha. 



What's In My Bag #SchoolVersion

Assalamualaikum,

I'm back again, yeah!

Miss me? Yes you do!

Wahahahahahahahahha

When everyone do a video about this matter, but I am not a good vlogger then lets be in written because I am also not a good blogger too, but who care man!

Conversation with my very good human being in my life :)

0) bawa apa ja dalam beg pergi kelas tu?

barang nak pergi kelas la.

0) ada bawa orang dalam tu nampak berat tu? buku nak pergi kelas banyak sangat ka? bahaha

karut apa aih! 

So let see apa yang aku bawa pergi kelas sehari hari, itu pun kalau hari tak ada kena bawa buku setebal alam lah, kalau yang tu backpack la dik non, kalau tidak larat nak pegang 2 buku setebal alam dalam 1 masa. Memang lepas tu tak payah pergi gym, muscle terbina sendiri arghhh. 


Barang tak ada la banyak mana dalam tu, tapi manusia itu asyik sungguh comment cakap beg aku itu ini lah, so let's begin. 

Even aku rasa post kali ni macam merapu tapi arghhh apa apa la. Kalau nak baca, baca okey. Kalau tak nak dah dah dah stop, baca benda yang lagi berfaedah.




Beg beli dekat Padini around RM 20 aku rasa.
Actually yang dalam round dekat beg tu aku ada letak button badge tapi entah la aku hilangkan atau jatuhkan dekat mana, sampai ja bilik, tengok tengok satu persatu hilang dibawa masa mungkin. Ada yang aku pakai sehari ja, pastu esok dah hilang. Aku ni memang la!


3 benda wajib!
Notebook
Pencil Bag
Calculator - Wajib!tak boleh tinggal. 
Apa guna kau student acc tapi at the end calculator pun tak ada kan.


berkecamuk hidup bila buka.


stuff stuff yang normal person ada


Ini tak ada la wajib sangat tapi kena ada la kalau tidak 
Purse - its all about money and cards wahaha
Makeup bag - lepas solat sebab tak nak nampak muka macam sayur toge tahu? (bean sprout) hahahahahaha


File - Ini kalau tinggal, note and slides lesap sepanjang hari lah, pastu mula la mata pun kemain buat kerja juga. Kerja buat tahi mata. I can't focus without any notes! Just slide dekat depan, or lecturers just pong pang dekat depan at the end aku buka phone aku main phone.


Tissue - kawan sejati sepanjang zaman. Aku cepat gila peluh, ada tips?
Mentos/any benda yang masam atau berangin - Ubat sepanjang kelas
Biskut - lapar! wajib! mana boleh dalam beg Amalina tak ada makanan.


Just other stuff yang kadang-kadang tertinggal
Ear phone - kadang-kadang nak kan privasi, ewah!
Matric card - in case nak masuk library, or nak naik bas or apa apa. Nama amboi! pendekkan la sikit, ini selamat tak letak nama penuh terus kan. 
Kunci - tak masuk bilik kang nanti.

Itu ja yang aku bawa sehari hari, tak ada yang pelik pelik yang abnormal sangat, tak ada la aku bawa Bunnynna aku ikut serta pergi kelas. Dia duk dalam bilik diam diam sudah. So done it! 

Bye!
See yah!
Love yah!
Happy semester break 

Selasa, 11 Julai 2017

Hey Langkawi #BffVacay #DQtakesLangkawi

Assalamualaikum guys!
Sihat?
Dah makan?
Dah kenyang?
Dah bahagia? eh!

Yang tengah holiday macam aku yang satu ni, yeay selamat bercuti ewah, marilah kita mengumpul lemak lemak yang ada sambil layan drama korea yang semakin hari semakin lagha ni hidup aku. Yang tengah kerja ka tengah intern ka tengah buat apa sekali pun, have fun dengan apa yang sedang dibuat.

Ini cerita bulan April hari tu tapi baru sekarang bulan Julai aku update. Nampak tak sibuk tu? sibuk membela badan hurmmm. 


1 April sampai 2 April 2017, waktu tu cuti mid semester, so tak ada buat apa dekat rumah, kami 7 orang decide la nak short vacation sesama, since lama gila tak spend time sama-sama tapi di akhir perancangan hanya tinggal 4 lagi 3 ada urusan. Sadis!

But, vacation is vacation so  guna masa yang ada sebaiknya, dan luangkan masa sesama, even singkat ja tapi beri makna yang banyak kan. Oh btw, time pergi sana tu aku demam yang masyaallah. Selamat ada akak akak yang boleh jagakan so mereka lah kawan dan lawan aku. Thank you as always weyh. Giler tak sayang kan.

1st DAY - 1 APRIL 2017
Naik ferry dekat Kuala Kedah dalam pukul 8.45 macam tu kalau tak salah, so dalam sejam setengah juga la, bergoyang dalam tu, tapi kalau jenis orang yang mabuk laut, ambil flight ja la kan. Tapi tak Langkawi la kalau tak naik ferry kan, baru rasa gelora tu sikit hahaha.

Sampai ja dekat sana, terus call orang yang kami nak ambil kereta sewa then kalau tak perempuan la nama dia tak singgah shopping, coklat coklat coklat woii, pastu dah penat check in chalet dekat Pantai Cenang. Check in bilik dekat Sandy Beach Resort and rate dia dalam 130++ including breakfast. bilik okey, view biasa biasa ja, view yang hadap pantai fully book. So memana ja boleh kami ni.

Makan apa semua, jalan jalan pantai, tapi spoil la sikit sebab musim hujan so terhad la nak pergi mana pun. Malam jalan jalan dekat Cenang tu at the end end up makan MCD, dekat sana la time tu 1st time rasa ayam MCD yang pedas giler nak matey tu, dah la demam, makan pedas pulak, at the end Kah yang kena habiskan.


Start bulan yang baru dengan semangat yang baru arghh kekonon weyh. Dah pergi time awal bulan April, so macam start the new month with new hope and new vibes. wahahahaha.


Raihah tapi aku panggil Aah.


Raihan aku panggil Aan
Syafika aku panggil Kah ja kadang kadang

2nd DAY - 2 APRIL 2017
Breakfast pastu get ready nak pergi Island Hopping. Tak Langkawi la kalau tak ikut serta pergi ke satu island ke satu island ke satu island.


Mata aku rabak! demam makin menjadi jadi, kena hujan pulak, Allahu!




ISLAND HOPPING bermula.
Orang pakai t-shirt and track, ini tak memang semua dah plan tak nak mandi just nak jalan jalan. so boleh tahan juga la basahnya jeans aku tu hahaha



Tasek Dayang Bunting
tera hang nak sampai kat tasek tu dugaan dia masyaallah, boleh kurus kalau hari hari, dengan monyet duk bersapa lagi. oooo siap ada oink oink weyh, selamat jenis tak kejar manusia. Yang pasti air dia cantik gila weyh, hijau ja, tapi hati hati la ya!



Beras Basah


Done it!
banyak tempat tak pergi since hujan lebat sangat dan aku pun demam so memang terhad itu ini, apa pun best friend kan, enjoy every moment ja la, even lepak bilik ja banyak hahaha. Insyaallah nanti kita pergi lagi kalau ada masa lagi.

Full video trip aku ke Langkawi >>>>> https://www.youtube.com/watch?v=2ZoQxQ77ses 


bye
see yah
love yah



Ahad, 2 Julai 2017

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum,
Aku kembali, akan nampak lah blog ni berupdate bila sem break menjelma, kalau tak cuti busy benor hidup dengan kertas kertas dan nombor nombor yang membosankan hidup seorang Amalina.

Sebelum tu aku nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, masih tak lambat kan kalau aku nak ucap, aku minta maaf kalau aku ada buat salah secara sengaja ataupun tidak sengaja. Terbuli itu ini ka apa ka, aku ni memang kan. Maaf dan ampun weyh. Manusia yang serba serbi kekurangan ni kalau buat salah bukan nak perasan. Adeh.


Raya pertama macam biasa untuk setiap tahun, beraya dengan keluarga-keluarga rapat dekat Bukit Pinang, Kedah. Kampung dan syurga untuk semua ahli keluarga berkumpul secara berjemaah. Ini belah mama aku. Since ma aku ramai gila adik beradik dan yang best ma aku anak sulung so ramai lah sepupu sepupu yang muda pada aku. Yang tak bestnya aku lah kakak yang sentiasa kena buli dengan budak-budak ni, tapi mereka lah kesayangan seorang Kak Ina, tapi Afiq panggil Kek Enna. Rindu!







Masa untuk melawat kawasan kawasan yang aku ni setahun sekali ja jumpa semua orang, sampaikan kalau baju raya aku ni tak sama dengan ma aku, depa boleh cakap aku menantu baru dalam rumah. Ehemmmm itu tak masuk dek akal betul. 

p/s : By the way, yang baju merah tu pakusu aku, masih single, jadi mana mana calon yang sesuai dan berani masuk dalam keluarga generasi Pak Ali, boleh pm *keyit mata*

Ini pulak cerita hari raya kedua, berkumpul secara berjemaah dekat rumah makngah aku, just kumpul reramai dan sembang macam tiada hari esok menjelma, makan macam esok dunia akan habis barang untuk makan. Bila raya menjelma, rosak diet yang sebulan dijaga rapi. 








Ini cuma setengah dari generasi Pak Ali, arwah wan dan arwah tok mesti bangga dengan kami semua kan, sebab masing-masing masih bersama walaupun mereka dah tak ada. Orang lain selalu tanya "kenapa nak balik kampung lagi, wan dan tok hang kan dah tak ada." tapi walaupun dah tak ada, keluarga tetap keluarga, sentiasa ada bersama walaupun mak dan ayah dah tiada. Wan dan tok, Ina rindu! Ini raya ketiga tanpa wan dan raya kedua tanpa tok. Rindu sambal ayam tok, rindu dengan lawak wan.

Semoga semuanya baik baik sahaja, walau dimana pun kami semua berada, keluarga yang utama, walaupun jatuh dan bangun, keluarga yang ada dahulu sebelum orang lain. Mereka manusia yang sentiasa aku letak dahulu sebelum orang lain. aku memang anak, anak saudara, sepupu yang clingy untuk mereka. Wahahahaha. 

Thank you!


FAMILY PERSON! yes I am.
SELAMAT HARI RAYA untuk sekali lagi 
DARI GENERASI PAK ALI dan TOK MAH
Love, Amalina Yaakub.