Jumaat, 29 April 2016

1st Year, 2nd Semester - Sibuk,Cinta,Manusia

Assalamualaikum,

Bertapa lamanya seorang Amalina Yaakub tidak menaip di blog ini. Aku sangat busy sekarang walaupun kadang kadang aku buat buat ja busy tapi aku tetap dikategorikan sebagai busy walaupun kenyataan dia PEMALAIH ha! 

By the way aku dah semester kedua dekat sini, mampu juga aku lalui kehidupan sebagai seorang student yang jauhhhhhhh dari mama dan abah yang aku sangat manja itu. Anak manja mana boleh doe pisah lama lama, mahu nangis tak berlagu tapi akhirnya aku buktikan aku mampu walaupun masih dalam Malaysia yang aku sayangi ini. Rindu mama, Rindu abah. *homesick*

Tapi aku rasa lagi naik semester ke semester, aku nampak kesibukkan aku dengan hal duniawi ni lagi mencabar. Kadang kadang betul betul aku rasa nak ja lari dari sibuk dunia yang sementara ni dan mencari ketenangan yang seketika walaupun aku tahu lepas tu aku akan kembali pada keserabutan tu balik, tapi aku nak juga rasa ketenangan di tempat yang menenangkan yang aku mampu aku tarik lafaz lega walaupun hanya untuk 1 hari. hurm. *short vacay*


"disini aku sertakan gambar sekeping yang dimakeup oleh Haijah dan tangan aku sendiri, aku dah 21 tahun hihihi mana cukup lagi 22 tahun. I am 94 kids"

Bila aku masuk ja Universiti ni, manusia mula bertanya, dah jumpa ka? ada minat sesiapa? bila nak kahwin? bila nak kenalkan? dan aku dengan muka blurnya sambil cakap "Ina pergi sana nak degree in accounting bukan degree in future husband" dan mereka mula bebelkan benda yang tak sepatutnya dan semua itu berlanjutan mungkin boleh jadi setebal buku Coklat Tarbiah written by Aiman Banna.

Bila aku bagi jawapan cliche aku "belum ada yang berkenan, mungkin dia masih sesat dalam laut andaman" mereka terus dengan "jual la mahal, nanti tak laku, nanti dah kedut sapa ja nak,waktu U la nak cari calon waktu kerja nanti dah jumpa orang tua tua, nak ka?"

Dan aku pun terus lah menghilangkan diri secara perlahan lahan dari suara manusia yang adakala bakal merosakkan hati aku yang penuh kesabaran ini. haha.

Kadang kadang kita bukan tak nak terlibat dengan kes cintan cintun ni tapi kadang kadang kita ambil jalan selamat untuk jaga hati dari terluka, apa yang mama aku cakap "benda yang ma paling takut sekali bila Ina kecewa dalam cinta, sebab ma tak tahu macam mana nak pujuk, ma tak ada ubat yang tu." so my mama know me better thats why i choose not to be in relationship.

Bila aku dah ready dan bersedia untuk terluka dan tahu pujuk, dan kau pun dah ready dan bersedia untuk terluka dan tahu pujuk, tak perlu tanya banyak aku akan pilih dia. *You gonna be the first and the last, man*

Tuhan dah tentukan segalanya, kenapa kita sebagai manusia yang pertikaikan, ada jodoh ada la, tak da jodoh, ada yang lebih baik menanti, percaya la perancangan tuhan dah terlalu sempurna. Manusia berhenti la bertanya, aku baru 21 dan insyaallah who knows, maybe next year ''dia'' akan muncul dengan sendiri. Semua kuasa Allah.

terima kasih sebab baca post entry yang panjang pulak kali ni, ya la maybe sebab lama tak menaip kan. So bye.

Tiada ulasan: