Rabu, 11 Januari 2017

Cool Liddat

Aku bukan seorang yang pandai dalam bab intro, mungkin sebab aku manusia yang bukan pemula, eh! Waktu tengah menaip ni pun, tak tahu macam mana nak mula, aku cuma tahu aku ada benda nak cerita. Aku sememangnya manusia yang terus ke isi utama, tak ada nak kona kiri ka kona kanan. Sesungguhnya, maafkan aku. 

Masuk tahun 2017 ni aku macam konon-konon nak jadi seorang blogger yang rajin, rajin update segala kehidupan yang aku jalani, ewah engkau Amalina, bajet macam ada yang baca apa hang tulis ja dalam ni. Argh tak kisah la, janji aku suka baca apa aku tulis. Sesungguhnya aku memang peminat blog aku sendiri. kahkahkahkahkahkah. *psycho betul*


Muka paling annoying buat tahun 2017, entah la bila seketul Amalina nak berubah dan mula serious dengan kehidupan yang dia lalui, yang dia tahu hanya malas layan manusia yang pelik-pelik dan jalani hidup macam biasa. Kalau rasa kau tak suka apa yang dibuat, dah angkat kaki pergi, jangan mengutuk. Habis air liur ja mengutuk orang yang tak pernah kacau hidup kau tu. Tahu!

...........................................................................

Kan dah melalut, aku dah cakap aku bukan pemula yang baik, sebenarnya aku nak abadikan kisah paling "cerdik" yang aku buat untuk tahun 2016. Aku mengaku aku memang manusia yang jenis cuai dan lalai. Sumpah aku teruk kena "belasah" dengan yang pasti ma and bah aku lah, kawan-kawan aku lagi, dan semua yang dengar lah cerita "pandai" sangat aku tu lah. 

............................................................................

Pukul 5 pagi aku bangun sebab aku dah cakap dekat diri yang aku nak puasa, entah lah mimpi apa aku ni tetiba minggu tu aku nak puasa hari-hari, mungkin sebab aku malas nak makan dekat kafe or lebih cerdik jawapan, boleh aku jimat duit. HELLO, student kot, kalau hang sentiasa rasa cukup ja duit tanpa minta mak ayah, anda memang awesome, dan aku perlu belajar cara hang survive. 

Dan sepanjang minggu aku puasa tu, aku terjaga bukan sebab bunyi alarm phone tapi sebab mimpi, entah la apa yang tak kena dengan minggu tu, aku terjaga sebab aku mimpikan 3 manusia ni, dan untuk hari pertama aku mimpi ketiga-tiganya dalam satu masa yang sama, tapi hari seterusnya aku mimpi sorang per sorang dan itu sangat lah aneh. Hati aku pun cakap "terima kasih lah sebab gerakkan aku" dah bangun hurm baru alarm aku bunyi. 

Tak apa lah, mungkin sebab otak aku beku pagi-pagi, aku pun bangun lah pergi toilet, cuci muka, gosok gigi semua. Masuk bilik, buat mocha and minum, aku memang caffeinated, jangan tanya kenapa pagi-pagi gila dah minum coffee. Aku pun mengelamun la sambil pegang phone, check apa patut, macam biasa lah, whatsaap group yang masuk paling tak putus-putus, nak harapkan whatsaap dari special person, mimpi disiang hari yang memang tak akan terjadi. *single buat cara single* nyanyi sikit lagu jomblo happy apa entah, aku selalu sangat dengar bebudak nyanyi kemain. 

Nak dijadikan cerita, itulah takdir yang dicorakkan, aku letak phone dekat bed, mug dekat meja study tetiba pappp tangan aku terlanggar coffee, FINE! bermandikan coffee lah pagi-pagi hari. Habis bed sheet aku, Ya Allah! hurm. mengeluh kejap. Pagi-pagi dah bangun pergi washing machine nak basuh semua bagai *danggg* baru perasan my phone in washing machine. Masyaallah sistorrrrrrrr, hang sangat cerdik dan bijak tahap langit ke 7.



GOOD JOB SELF! GOOD JOB! 
Dah lepas tu rasa macam, its okey, my tiny little phone still on, so aku boleh relax la lagi pergi kelas apa semua sambil gelakkan bodoh sendiri. kemain cerita dekat geng akak-akak sado kecerdikkan dan kepandaian aku tu. CUAI! so my phone so wangiii and clean in and out guysss. 

Habis kelas malam tu, tetiba screen mula jadi macam ada air bercorak-corak, macam water color tengah aku lukis atas canvas. Muka dah lain, hati dan rasa lain macam, yang tengah bahagia nak siapkan assignment pun hilang arah tuju. Aku off kan dia, aku pergi tidur dengan harapan esok dia pulih dari sakit tanpa aku perlu admit dia dekat mana-mana ward. 

Rupanya, hanya tinggal kenangan bila, dia dah tak mampu lagi untuk bertahan. Kemain aku nangis macam hilang anak, sedih dia berpanjangan sampai seminggu. Takut bertul nak cakap dengan ma and bah tentang hal ni, aku tahu ma and bah tak akan menengki, marah atau seangkatan dengannya. Aku kan anak tunggal, bagi la chance kan.

Ma be like bila dengar cerita bodoh ni "amalinaaaaa.... kenapa cuai sangat! lain kali tengok dulu semua apa benda itu ini ahjhbbyhguyhkjbhjgbnkjbhjkgbytghjb...." biasa lah mama kan, mama mana yang tak tahu makna berleter. AKU! dah start nangis yang memang dah tak tahu nak stop. lemah okey lemah dengan bodoh sendiri. 

Bah always be "bertuah la anak, bertuah sungguh...." abah paling cool, tapi macam mana cool, seorang anak mesti takut juga dengan seorang ayah kan. hahaha.

Aku guna my baby tu tak sampai 2 tahun, dalam setahun berapa bulan, so bila benda tu rosak sebab kecuaian aku, aku rasa wowwwww i'm cool liddat. Aku bukan manusia yang suka sangat dengan gadjet, aku guna apa yang ada depan aku. selagi mana dia mampu hidup dengan aman dan damai, selagi itu aku guna dia, Aku setia orangnya. ewahhhhh kau.

Dan sekarang aku selalu pesan pada diri AMALINA TOLONG LAH JANGAN CUAI, ini baru satu, yang aku tertinggal dekat koperasi fakulti, atas meja batu dekat FEP, arghhh macam macam lagi lah. Aku bukan lah seorang pemegang barang yang bagus, Kad Matrik pun bahaya kalau aku pegang tanpa simpan cepat cepat dalam beg. Merata aku boleh tinggal, hari tu dekat cafe, selamat jumpa balik, kalau tidak, melayang lah duit aku tu kan

Seseorang sampai cakap dekat aku "lepas ni hang kena cari seseorang yang mampu bukan setakat jaga hang yang pelupa dan cuai sangat ni, tapi juga tolong jaga dan peringat hang setiap barang yang hang pegang dan bawa, aku doa nanti adalah seseorang macam tu untuk hang. WORRIED!" 

Amalina, hanya tunduk dan buat muka tak bersalah, senyum kambing dan mula ubah topik, itu lah.. MAAF! yeah

Bye baby, I gonna miss you soooo much. 
Lets hye to my new honey. 

Panjang aku cerita, entah la apa aku merapu. ohhh okey bye. 
Have a nice day, people.




1 ulasan:

mia kaftiya berkata...

hahaha.... so clumsy la awak ni.