Rabu, 22 Mac 2017

Special?

Assalamualaikum,
Dan hye I am back.
Sekarang aku agak busy, ya la bila dah kembali dengan kerja yang agak banyak jadi kena lah bertabah sikit. Sebenarnya banyak ja lagi kerja yang tengah menunggu tapi kadang-kadang hidup ni kena juga lari dari dunia yang memenatkan kejap dan cari dunia yang mampu tenangkan kepala yang kusut sekejap. 

Hari-hari aku kan call mama, benda tu memang wajib yang akan masuk dalam list harian. Tak kisah la sesibuk mana aku, atau tak sesempat mana pun aku kehulu kehilir. Aku akan call mama, dan cerita semua benda, apa yang jadi sepanjang hari tu, kadang-kadang tengah sembang boleh tertidur. She's everything for me, and Abah for sure my penyelamat dan satu-satu nya lelaki yang tak akan luka kan hati aku, macam mana pun perangai buruk aku yang keluar.

Tiba-tiba ada satu hari tu, mama aku tanya tentang someone special, dah ada atau belum? dan aku pasti, she's gonna know the direct answer hahaha, saja nak provoke sebenarnya tu. hahaha. Kalau dah ada, sah-sah she's gonna be my very 1st person yang akan tahu. 

So jawapan aku, *gelak yang berpanjangannnnn kesudah* adeh dah 23 tahun tapi belum ada, mungkin itu yang merisaukan aku rasa. Entah la kan, nak berkawan dengan seseorang ni bukan nya macam aku pilih nak makan apa hari ni. Kalau la hidup untuk pilih seseorang dan angkat dia jadi someone yang istimewa semudah itu, aku rasa semua orang takkan ada status "single".


Then aku tanya la, kenapa mama tanya, then jawapan ma aku mudah ja, "tadi makcik sebelah tanya, ina ada berkawan dengan sesiapa tak?" so I was like "oh okey." tak tahu nak bagi reaction apa. Hahaha kalau boleh send emoji dekat mama maybe emoji muka perempuan yang tepuk muka tu. hurmmm.

Pastu mula la aku ni, mengarut bab cinta ni, yang pasti mama aku tahu, aku pernah sukakan seseorang dan orang tu juga lah yang buat aku rasa "I dont want to feel this feeling anymore." Zaman sekolah tu biasa lah bercinta ni, gatal kan on that time. Tapi cinta yang entah apa-apa, monyet sangat waktu tu. So bila sekarang, nak serious? Its take a lot of time kot. Btw, "you" teach me a lot about love's life lol, and one thing yang aku belajar tak semua yang kita minat akan rasa apa yang kita rasa, sometime, kita kena juga rasa ditolak orang, sebab kita juga pernah menolak orang lain. Dan untuk yang ditolak, just dont think too much about that. Yang menolak, you have that right, since this is your life, so need to choose wisely kan.

Bab cinta? pasangan hidup? bila nak kahwin? memang sangat complicated nak jawab, kadang-kadang jalan terbaik, just follow apa yang telah dirancang oleh Allah. sebab sah-sah dari dalam perut lagi dia dah rancang apa yang terbaik yang bakal hidup kita lalui. Kita kenal atau jumpa seseorang pun dia yang rancang. Tetiba hati tersuka kau, dia juga yang rancang, tetiba orang tu tak suka balik, dia juga yang rancang. Hidup adalah hidup, macam mana pun perancangan terbaik yang telah kita buat, kalau Allah cakap itu bukan apa yang dia nak kita lalui, semua tu tetap tak akan jadi kan.

Untuk apa susah susah fikir sampai depressed dan rasa nak lari dari realiti, ada jodoh tak kemana, dengan siapa pun, dengan orang macam mana sekali pun, gemuk, kurus, hitam, putih, tinggi, pendek, itulah yang telah tertulis dan itulah yang terbaik. Kita merancang dan juga merancang dan rancangannya sebaik-baik nya lah. Come on, doa yang baik-baik.

Jangan biar hati terluka, jaga hati sebaiknya. Kalau dah luka, nak heal tu makan masa juga lah. Tapi once kau dah heal, even orang tu lalu depan mata pun, kau boleh tak perasan dia, sebab kau dah memang 100% heal.

Erm just, aku nak cakap, bila kita manusia terlalu hambakan diri untuk cinta manusia, sekali rebah, susahnya nak bangun, sekali terluka, lamanya nak baik, ketenangan apa tah lagi, hilang entah kemana. Tapi bila kita hambakan diri untuk-Nya, walau rebah, mampu bangun, walau terluka, lukanya tak dalam, malah ketenangan yang setenang-tenangnya, kau akan rasa dan kau tahu. He's the best for you and a true love gonna follows you nearly and neatly.

P/S : Tetiba bab cinta pulak masuk. Ada yang comment post-post aku sebelum ni,Yes, aku baca semua komen hangpa weyh, cuma tak approved comment and become public ja la. hahaha. Kalau yang ada aku balas tu, yes aku ada jawapan apa nak balas kalau yang aku tak balas tu, maksudnya, aku tak tahu nak balas apa hahahaha.


Tiada ulasan: