Jumaat, 15 September 2017

Hye 3rd Year!

Assalamualaikum,
Good morning, sebab waktu aku menaip ni baru 8.37 pagi. So kalau yang tengah baca tu dah 8 malam so aku boleh kata Good evening then, kalau tengah baca dah pukul 11 malam tu aku boleh kata, bawa bawa la tidur, dah malam dah ha, duk online apa lagi. Tidur! Tidur! Tidur!

Sambil aku menaip, aku tiba tiba tak sengaja dengar lagu Nastia - Rapuh yang akustik, masyaallah best pulak dengar weyh. Rasa macam nak replay replay replay sampai bosan giler lah. Current favorite guys.

OK BACK!

Hye 3rd Year,
Hye Semester 5,
Hye tahun yang mencabar sikit,
Hye Amalina yang boleh tak matang sikit.

Tahun yang banyak berubah, tahun yang dah tak sama macam tahun tahun sebelum tu. Banyak benda yang berubah dan banyak benda yang jadi. Banyak benda yang mematangkan semua orang. Banyak benda yang menyedarkan seseorang dari mimpi yang panjang dan lihat realiti.

Satu benda yang betul betul beri kesan bila Ibu kepada ex-roomates aku aka kawan yang sangat rapat dekat UPM ni diagnosed kanser, aku tak boleh la nak cerita panjang sebab one day biar lah dia sendiri yang bercerita jadi untuk year ni dia tak ada, tanggungjawab dia pada Ibu dia lebih penting dari segalanya. As kawan aku sangat bangga dengan dia. Aku tak tahu nak rasa macam mana. Rasa hilang, rasa macam sunyi pulak dia tak da, rasa macam rindu la dia dekat sini. Semua benda yang jadi buat aku rasa selagi mana orang tu ada depan mata, hargai lah dia. Bila mana nanti dia tak ada, waktu tu semua dah macam NOTHING.

Satu benda yang aku tahu tentang dia, dia sangat kuat orangnya, dia ada postif side yang memang to the new level lah, aku dengan dia beza 2 tahun, so dia 21 aku 23, tapi bila compare aku dengan dia, aku ni nampak sangat tak matang, masih budak budak yang entah la. Dia yang banyak macam beri aku kata kata dan semangat bila aku down. Dan dia lah yang banyak push semua orang bila semua dah mula jadi malas setiap sem. hahaha.

Apa pun, be strong tau Lala! itu ja kita boleh cakap. 

.....................................................

Sem ni aku busy sikit, sebab sem depan dah nak keluar pergi intern. Perasaan tu macam macam rasa, suka dengan tak suka sama banyak ja. Aku rasa takut giler nak hidup dalam dunia "kerja" aku rasa macam.....

"aku ni akan okey ka?"
"aku ni boleh ka?"
"aku ni mampu ka bergaul?"
"aku ni macam mana nak survive?"
"aku ni"
"aku itu"
"aku........."

Semua benda la aku fikir, macam mana aku nak survive dalam Audit Firm weyh, tak kisah la big or small firm, yang penting macam mana aku nak hidup dalam tu. Aku sangat nervous sampaikan aku fikir yang memang over gilaaaaaa. Aku memang suka overthinking. 

Doakan hidup aku baik baik saja sem depan dekat sana. Semoga tak ada la aku kembali dengan hanya kurus keding sebab depression. Ohhhhhhh scary!

.................................................................

Me so OKEY here! Sangat okey! kalau homesick tetiba lapar cokodok mama buat itu biasa. Amalina kan! Sangat bersyukur ada kawan kawan yang best gila dekat sini. Semua sangat baik dan kalau kena bahan satu dua benda itu biasa. hahahaha.

Everything good and fine!
Ahamdulilah!
Good luck everyone
Love yah!

Tiada ulasan: