NOVEL : Jangan Menangis Cinta (Siti Rosmizah)

by - 8:51 PTG

Hi, hari ni aku nak review satu novel yang aku ambil masa dalam 2 hari untuk habiskan. Macam biasa, novel Siti Rosmizah (SR) tak pernah mengecewakan. Segala emosi terselit dalam setiap helaian. Ada rasa marah, sedih, bahagia dan kasih sayang.

Macam biasa novel SR takkan lari dari tema kahwin paksa, kisah rumah tangga, kasih sayang ibu dan anak, ayah dan anak, suami dan isteri, ibu mentua etc. Semua kisah diadun untuk dijadikan novel yang penuh dengan emosi.

Sinopsis (Goodreads)

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.


“Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?” sindirnya.

“Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang,” marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

“Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!”

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

“Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.

Apa yang aku boleh cakap, novel ni untuk orang yang hati kental, hati batu mungkin tak akan menangis la kot kan. Tapi untuk orang yang memang lemah jiwanya memang akan menangis dari mula sampai akhir. Waktu aku baca tu, sampai dekat pertengahan memang dah start dah mengalir air mata, tak boleh nak tepis, bengkak bengkak mata bila baca. 

SR kalau bab main dengan emosi memang padu. Tak boleh nak dilawan. Kalau rasa tengah sedih, pilih pulak Novel sebegini, memang tak akan stop air mata. 

Sepanjang aku baca, bagi aku Riana memang seorang yang kuat dan tabah untuk hadap perangai Zafran, ego Zafran tersangatlah tinggi, kalah KLCC, aku sendiri termanggu and fikir ada ka orang se-ego Zafran ni di real life. Kalau ada minta dijauhkan lah untuk aku. Aku tak rasa aku mampu hadap manusia macam tu.

Mummy and nenek si Zafran ni memang boleh undang makian berjemaah. Dia punya kejam dan jahat tu rasa macam nak humban ja sorang sorang dalam gaung. Jahat betul perangai.

Tapi part paling sedih sekali, waktu Cinta (anak Riana dan Zafran), bila Zafran tak terima kewujudan dia, mummy dan nenek si Zafran tu buat jahat betul dekat budak sekecik tu, rasa nak pelengkup kepala tiga tiga manusia tu. Menusuk jiwa bila baca. Sedangkan bukan salah dia lahir tak sempurna, semua kan dah ketentuan Tuhan. Kita yang manusia ni siapa nak mempertikaikan semua tu. Sedih rasa, tersedu sedan bila baca. Tak kuat rasa nak habiskan setiap ayat.

Tapi apa boleh cakap semua yang terjadi ada hikmah, yang pasti pengakhiran pasti akan bahagia. Riana layak untuk semua bahagia yang dia dapat dihujung hujung, tapi itulah derita dia lagi banyak dari bahagia. Tabahnya dia. Tabah sangat.

Goodreads : 4.26 stars
My Rated : 4.5

Harga : RM33.90
M/S : 1000++




You May Also Like

0 000 orang comment