Rabu, 19 Jun 2013

Officially Semester 3

assalamualaikum
hye peeps



yeay akhirnya 19 jun 2013 officially semester 3 ohoii, dengan berbekalkan semangat yang baru wah aku pergi daftar dengan semangat walaupun hujan menyembah bumi dengan lebatnya, tetap bersemangat bangun dipagi hari dengan kedinginan pagi air membasahi badan, kalau tarik selimut best woo hari ni tapi mengenangkan kena daftar hari ni, mata yang ingin terus lelap terjaga dek ketukan di pintu bilik (ayat apa yang sedang aku cuba ciptakan?).

ramai yang kata semester 3 tak hard mana, tapi bila aku mula tengok subject yang bakal aku harungi sem ni aku macam terkejut, wow semua berkaitan dengan akaun, tak da dah ka mathematics yang sesimple mathematics moden ataupun statistics? aku ingin subject yang bergitu. mampu tengok dan garu kepala sambil dengan kawan kawan aku mula bercerita yang subject sem ni mudah tapi aku hanya mampu bereaksi "pasrah" ja la apa nak jadi pun :(

jadual yang sangat pack, habis kelas paling lewat 6.15 petang, paling awal pkul 2 petang dan hari hari biasa pukul 5.15. wow, kalau sem lepas paling lewat pukul 4 ja kali ni jangan harap la hahaha, dan mula kelas macam biasa pukul 8 pagi, berbekalkan semangat juang yang tinggi mampu senyum ja lah .

bagi sem ni aku mengharapkan yang lebih baik dari sem lepas walaupun hati rasa takut nak melalui sem ni tapi apa boleh buat move on ja lah, hidup kena move on walaupun tahu didepan belum tentu lagi selamat untuk dilalui. 

dengar cerita sem ni kena ambil MUET hehehe, jenuh pakat speaking la DAT3A lepas ni kan, semua jadi orang london la, demi muet mungkin ada yang sanggup bermatian hari hari baca kamus, mungkin yang sanggup hari hari hayati lagu omputeh, mungkin ada yang sanggup menelaah short stories kanak kanak tadika yang english, mungkin juga ada yang mula goggle cerita cerita omputeh untuk lebih fasih dalam sebutan dan grammar .. who knows?

p/s : my sayang cepat lah sembuh, sampai bila nak berlama lama dekat hospital yang penuh dengan minyak hitam dan besi besi, cepat pulang kepangkuan tuan mu ini sayang, miss you sayang. :(

bye
love 




1 ulasan:

NURSHAKIRA ABDUL HALIM berkata...

Blogger, jom ramai2 meriahkan! Segmen : Sebulan Berblog By Shakira

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html