Sabtu, 13 Januari 2018

2017 Left Me and 2018 Comes

Assalamualaikum,

Lama aku hilang, tak ada la lama sangat tapi lama juga la kan hikhikhik 2 bulan juga, aku tak update apa apa. Alasan biasa yang aku bagi, aku SIBUK! betul weyh tak tipu. This month okey la sikit lepas dah habis semua final so yahoooooo cuti sekejap sebelum aku masuk PRACTICAL next month on February. I am so NERVOUS!!!!!!!!!!!

Banyak benda aku nak share dekat sini tapi masa tu tak berapa nak cukup buat masa sekarang. Yang mana priority kena settle kan dulu lah.

Banyak BEAUTY PRODUCT yang aku nak review masih dalam draft, banyak tempat best yang aku jalan jalan pun masih dalam draft, masih tak sempat nak update dan tulis. Masih bersarang macam tu ja dalam draft. Insyaallah I'll try untuk siapakan semua. Nanti boleh share dengan hangpa semua kan.



Pejam celik pejam celik dah 2018 weyhhhhhhh. Tak sedar kan dah setahun aku lalui rutin harian aku dengan kehidupan yang sama cuma goals yang berbeza. Jangan terkejut kalau GOALS 2017 CARRY FORWARD ke 2018 hikhikhik.

SELAMAT TAHUN BARU
SELAMAT TAHUN 2018
SEMOGA SEMUANYA SEMAKIN BAIK

2017 :
Banyak memori yang best yang aku lalui dengan keluarga, kawan kawan dan juga manusia sekeliling yang even hanya kenal untuk 5 minit. Terima kasih Tuhan untuk munculkan banyak manusia yang baik disekeliling aku. THANK YOU SO MUCH!

2018 :
Aku cuma harap semuanya akan baik baik ja, dan jumpa ramai lagi dengan orang orang yang baik yang Masyaallah. Semoga Allah memberkati kita semua sama ada didunia dan juga di akhirat kelak. Untuk tahun ni aku boleh cakap, manusia yang pilih untuk hadir, teruslah setia disisi, yang pilih untuk pergi, teruskan, sebab aku tak kan halang lagi. Aku dah cuba yang terbaik, aku takkan cuba lagi untuk kali keseterusnya. Kalau awak rasa awak nak pergi, pergi la jauh jauh, jangan datang lagi, jangan pandang lagi.(jiwang betul ayat aku)

Apa pun lalui tahun yang baru dengan hidup yang baru dan azam yang baru. Terus kuat dan tabah lalui kehidupan.

Jumpa lagi in the next post insyaallah.



Tiada ulasan: