Review : Cerave Moisturizing Cream (Normal to Dry)

by - 8:57 PTG

Assalamualaikum,
Hye guysssss.....
Sihat ka tu? musim durian ni kan, fuhhhh sis dah pening ja bila nampak durian sekarang ni. hahaha.

Hari ni topic beauty review sikit. Hari ni I nak cakap pasal CERAVE MOISTURISING CREAM. Kalau you pernah guna, so mesti tahu, macam mana texture dia apa semua. So selepas 3 bulan I guna. I boleh cakap yang, dia tak work well untuk I.

Sorry to say this, but I can't tolerate dengan product ni. Dia macam tak go well dengan skin I. Kalau pernah baca post post I sebelum ni, mesti tahu, jenis kulit I macam mana. I jenis, extremely sensitive skin, dry skin, and I got eczema. So tahu la kan tahap sensitive tu macam mana.




Cerave memang designated untuk orang ada eczema, tapi I macam tak sesuai dengan texture dia dan so on. Dia okey guna, tapi sangat rasa tak selesa dekat kulit. Dia rasa macam ada satu lagi lapisan, dan sangat thick.

Waktu 1st week pakai, rasa macam so far so good. Alhamdulilah. but after a month, I perasan yang around my lips, start naik merah merah, gatal apa semua. The worst part dia, bila start naik jerawat pipi belah kanan. So, I akan tahu, bila jerawat naik belah kanan ni, means I sensitive dengan product yang I pakai. So I should stop la. Tapi I macam, sayang juga so pakai ja untuk 3 bulan, dan memang tak works untuk I. So sorry.

I tak pasti bahan apa yang react dekat muka I, sampai I jadi jerawat, naik merah merah. Maybe ada 1 benda yang tak sesuai la I rasa.

Tapi mostly review, cakap dorang pakai okey, sangat okey. Maybe I ja la kot, yang macam tak sesuai sangat pakai. 

Dia macam ni, lain orang lain kulit dan lain reaction dekat muka. So as long as you nak try, go on. Tak da masalah, but once dia bagi any reaction dekat muka, then try to stop la macam tu. 



Untuk texture, dia thick, memang sesuai la untuk dry skin, but kalau you ada masalah jenis berpeluh, memang satu hal yang besar la nak settle. Since I memang cepat berpeluh, so mungkin tu salah satu sebab la I tak sesuai. 

Untuk bau? okey bau dia, I suka. Tak da masalah. 

Harga? untuk kecil macam tu, sangat affordable untuk beli, untuk buat trial memula nak try, sangat okey. I beli guna shoppe, dalam RM30 something kot rasanya. okey la tu kan untuk product yang memang tak da dekat Malaysia.

Nak beli? tak da dekat watson ka guardian ka pharmacy ka apa, beli online ja. Dia tak ada dekat Malaysia. sorry guys.

Overall, depend kulit you macam mana.

Tu ja I nak cakap,
bye, see guys soon,
Insyaallah.



You May Also Like

0 000 orang comment