Ahad, 15 Jun 2014

Kau!


bila aku sendiri, mengenal diri aku yang sebenarnya, sedang aku cuba mencari diri aku disebalik kesunyian dan keheningan malam, saat itu satu wajah yang aku kira aku kenal muncul disebalik bicara hati aku ini. sering kali aku bertanya kenapa kau sering muncul disaat aku keseorangan yang sedang mencari diri sendiri ini. kau muncul disebalik kata hati ini, muncul dicelah celah sebuah pemikiran yang sedang memikirkan kehidupan yang penuh dengan cerita ini. 

aku pernah kata aku suka, tapi adakala suka itu bukan sebuah cinta, dan cinta mungkin sebuah kebencian. argh ada kala aku pusing memikirkan semua ini, semakin hampir hati ini aku tetapkan pada sesuatu semakin ianya bercelaru. semakin aku cuba ingin menjauh semakin ia mendekat dan semakin cuba untuk aku jatuh cinta dan ianya semakin hilang dibawa oleh masa. 

saat aku mendengar lagu all of me by john legend, wajah kau sering muncul, bagai sebuah drama yang sedang ditayangkan didalam pemikiran aku ini. penat sekali, semakin aku mencuba semakin aku menemui jaan buntu untuk menjauh, tindak tanduk kau adakala membuatkan aku berfikiran yang bukan bukan. tapi apa daya aku, untuk melarang aku bukan sesiapa untuk menerima apatah lagi kan?

suatu hari nanti kau akan tahu walaupun waktu itu aku sudah punya dia, dan kau sudah punya dia juga.  walaupun kau akan tahu dari bukan mulut aku, aku akan membiarkan sahaja, kerana ini adalah kenangan. aku belajar untuk melupakan tapi aku hanya mampu membiarkan masa melupakan kau. 

semoga kau aku dia dan dia menemui sebuah puncak yang ingin ditawan, walaupun ada jatuh dan bangun, ada luka dan berdarah, jika kau mahu, kau pasti mampu. 


p/s : semakin kita berjalan adakala kita semakin buntu, tapi jika kita terus berjalan tanpa henti pasti kita akan menemui satu titik penyelesaian. 






Tiada ulasan: